Sayur kegemaran aku adalah bayam...memang sejak kecil lagi aku da belajar makan bayam dan sawi..iyela sayur nikan murah..kalau campak2 benih dia terus je naik..mudah untuk dapat tak perlu berbelanja mahal.Mungkin ramai yang tak tahu khasiat Bayam ni kan...xpe la nanti aku share maklumat yang aku ada pasal khasiat Tumbuhan Hijau ni.
Dulu masa aku pregnant hb aku rendah Nurse cadangkan aku makan sayur bayam tiap2 hari..alhamdulilah memang berhasil.
Bayam ni adalah antara sayuran yang murah harganya,tapi KAYA dengan khasiat vitamin A,C,E, Zat besi,kalsium,beta karoten,sodium,potassium,fosforus dan magnesium.
Semua khasiat ini memberikan kebaikan kepada ibu yang MENYUSUKAN ANAK juga bagi mereka yang DEMAM PANAS,mereka yang KEKURANGAN DARAH dan penghidap MASALAH GINJAL.
Untuk pengetahuan semua AIR REBUSAN BAYAM juga baik untuk memperkuat fungsi hati dan memulihkan kualiti PENGLIHATAN MATA.Vitamin A yang terkandung dalam Bayam juga bermanfaat untuk Pertumbuhan Tulang dan Gigi.
Vitamin C dalam badan dapat membantu melambatkan proses penuaan dan baik untuk kulit.Bagi Vitamin E pula yang bertindak sebagai itamin antioksidan dapat melindungi sel-sel tubuh yang rosak.Bukan itu saja,Bayam yang murah ini sememangnya banyak sungguh khasiatnya.Ibarat kata kalau keluarkan modal beli setengah kilogram Bayam yang beharga RM.300 kita akan dapat banyak khasiat daripadanya.
Zat miniral dalam Bayam pula dapat membentuk pertumbuhan TULANG,GIGI, dan HATI.
Selain Bayam,Sawi juga merupakan sayuran yang murah di negara kita.Vitamin yang paling tinggi dalam sayur Sawi ialah Vitamin K yang berguna sebagai agen membantu pembukaan darah mengalir oleh kerana Luka.
Kalau kita lihat,bila ada kesan luka pada jari atau mana-mana bahagian pd tubuh kita,darah cepat kering dan kesan Lukaakan hilang dalam tempoh beberapa hari ini adalah kerana Vitamin K.So jangan pandang rendah pada sayur SAWI ye :)
Sebenarnya ada juga segelintir orang yang tidak sukakan sayur sawi kerani dikatan rasanya yang pahit.Saya sebagai pengemar Sawi berpendapat sayur ni taklah sepahit peria.
Apa salahnya kalau kita makan sayur yang ada rasa yang sedikit pahit demi kebaikan khasiatnya.Selalunya saya akan mencelur ataupun merebus sawi berbanding ditumis.Bukanya apa,saya suka jadikan ia sebagai ulamselain dijadikan masakan bersayur.
Kalau dicelur ia lebih bagus kerana tidak ada minyak digunakan.Sedap juga kalu dicicah dengan sambal belacan ataupun Budu.hihi
Zata lain yang terkandung dalam sayur sawi adalah seperti Kalsium,Kaliummangan,folat,zat besi,fosfor,trptofon, dan magnesium.Manakala kandungan non-gizi yang ada dalam sayur sawi adalah serat atau fiber yang kadarnya cukup tinggi.
Untuk kandungan Vitamin C sayur sawi,beberapa ahli mengatakan bahawa kadarnya hampir sama seperti Limau.Ini sangat bagus untuk menjaga daya tahan tubuh sehingga tidak mudah sakit.Kandungan Kalsiumnya yang sangat tinggi bagus untuk pembentukan dan menjaga kualiti tuklang.
Manfaat sayur sawi juga dapat menurunkan kolestrol penyebab strok atau penyakit jantung.
So macam mana da ada rasa nak makan Bayam atau sawi tak??huhu
Pahit sikit je pon tak ape asalkan khasiatnya tinggi dan beri manfaat pada kita.Tak rugi apa-apa pun dengan pengambilan sayur Bayam atau sawi setiap hari.
Semoga info yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu anda ye.
Gambar sayur Bayam dan sawi,
BAYAM
BAYAM DAUN LEBAR
BAYAM MERAH
SAWI
-Sekian :)




No comments:
Post a Comment