Showing posts with label SHARING & TIPS. Show all posts
Showing posts with label SHARING & TIPS. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

TIPS KEMBALIKAN SELERA MAKAN ANAK.


Adakah anak-anak anda menolak untuk makan selain nugget ayam dan kentang goreng?Atau mereka memilih untuk bermain dan tidak makan lansung?Ya ini la yang berlaku pada anak saya sekarang.saya sangat bimbang dan runsing mencari penyelesaiannya.Ternyata saya tidak bersendirian..pasti ramai ibu bapa bimbang tentang apa yang  anak-anak mrk makan dan tidak makan.

Disini ada beberapa tips mudah untuk menangani anak2 yang memilih makanan atau tidak suka makan.

Tips mudah dari PAMA.

1.HORMATI SELERA SI KECIL
Jika anak tidak lapar,jangan dipaksa makan.Jika mereka tak dapat menghabiskan makanan dalam pinggan elakkan drp memarahi mereka,Sebaliknya apa yang perlu anda buat ialah memberikan mereka hidangan yang sedikit dan biarkan mereka meminta lagi jika tidak kenyang.

2.RUTIN YANG SAMA
Hidangkan makanan atau snek sihat pada waktu yang sama setiap hari untuk mereka supaya si kecil anda tidak berasa lapar dan mula memakan makanan yang tidak berkhasiat.

3.CUBA MAKANAN BARU
Biasanya kanak-kanak akan menyentuh atau menghidu terlebih dahulu makanan baru.Mereka akan makan sedikit dan kemudian mengeluarkan semula makanan tersebut kerana rasanya yang pelik untuk selera mereka.Mungkin anda boleh cuba hidangkan kombinasi makanan baru tersebut dengan makanan kegemaran anak-anak

4.WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN
Pelbagaikan makanan anda dan lebih kreatif menyediakan hidangan untuk mereka.Sayuran seperti lobak merah yang berbentuk bintang atau buah epal yang menyerupai zirafah *contoh* tentu akan membangkitkan selera.Hidangkan makanan yang mempunyai warna-warna terang untuk si kecil anda.

5.JADI KREATIF
Tambah brokoli yang dicincang halus atau lada hijau untuk sos spagheti,hirisan buah-buahan di atas sajian bijirin,atau parut lobak merah ke dalam sup tentunya buat mereka teruja untuk makan hidangan yang disediakan.

Jadi contoh yang baik
Jika mengamalkan pemakanan yang sihat di rumah,anak-anak anda tentunya akan ikut apa yang anda buat.Snek sihat seperti buah-buahan adalah makanan terbaik yang perlu ada di rumah dan bukannya makanan ringan.

Saturday, 13 July 2013

Bayam...Murah tapi tinggi Khasiatnya..Nak tahu kenalah baca dulu..

ASSALAMUALAIKUM... Pertamanya, hendak mengucapkan syukur pada ke hadrat Ilahi atas rahmat dan keberkatan yg dikurniakan-NYA kpd dila sekeluarga.Kadang-kadang kita tak tahu sebab kenapa ia berlaku..sebenarnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.Syukur Alhamdulilah..

Sayur kegemaran aku adalah bayam...memang sejak kecil lagi aku da belajar makan bayam dan sawi..iyela sayur nikan murah..kalau campak2 benih dia terus je naik..mudah untuk dapat tak perlu berbelanja mahal.Mungkin ramai yang tak tahu khasiat Bayam ni kan...xpe la nanti aku share maklumat yang aku ada pasal khasiat Tumbuhan Hijau ni.
Dulu masa aku pregnant hb aku rendah Nurse cadangkan aku makan sayur bayam tiap2 hari..alhamdulilah memang berhasil.

Bayam ni adalah antara sayuran yang murah harganya,tapi KAYA dengan khasiat vitamin A,C,E, Zat besi,kalsium,beta karoten,sodium,potassium,fosforus dan magnesium.
Semua khasiat ini memberikan kebaikan kepada ibu yang MENYUSUKAN ANAK juga bagi mereka yang DEMAM PANAS,mereka yang KEKURANGAN DARAH dan penghidap MASALAH GINJAL.
Untuk pengetahuan semua AIR REBUSAN BAYAM juga baik untuk memperkuat fungsi hati dan memulihkan kualiti PENGLIHATAN MATA.Vitamin A yang terkandung dalam Bayam juga bermanfaat untuk Pertumbuhan Tulang dan Gigi.

Vitamin C dalam badan dapat membantu melambatkan proses penuaan dan baik untuk kulit.Bagi Vitamin E pula yang bertindak sebagai itamin antioksidan dapat melindungi  sel-sel tubuh yang rosak.Bukan itu saja,Bayam yang murah ini sememangnya banyak sungguh khasiatnya.Ibarat kata kalau keluarkan modal beli setengah kilogram Bayam yang beharga RM.300 kita akan dapat banyak khasiat daripadanya.

Zat miniral dalam Bayam pula dapat membentuk pertumbuhan TULANG,GIGI, dan HATI.
Selain Bayam,Sawi juga merupakan sayuran yang murah di negara kita.Vitamin yang paling tinggi dalam sayur Sawi ialah Vitamin K yang berguna sebagai agen membantu pembukaan darah mengalir oleh kerana Luka.
Kalau kita lihat,bila ada kesan luka pada jari atau mana-mana bahagian pd tubuh kita,darah cepat kering dan kesan Lukaakan hilang dalam tempoh beberapa hari ini adalah kerana Vitamin K.So jangan pandang rendah pada sayur SAWI ye :)

Sebenarnya ada juga segelintir orang yang tidak sukakan sayur sawi kerani dikatan rasanya yang pahit.Saya sebagai pengemar Sawi berpendapat sayur ni taklah sepahit peria.
Apa salahnya kalau kita makan sayur yang ada rasa yang sedikit pahit demi kebaikan khasiatnya.Selalunya saya akan mencelur ataupun merebus sawi berbanding ditumis.Bukanya apa,saya suka jadikan ia sebagai ulamselain dijadikan masakan bersayur.
Kalau dicelur ia lebih bagus kerana tidak ada minyak digunakan.Sedap juga kalu dicicah dengan sambal belacan ataupun Budu.hihi

Zata lain yang terkandung dalam sayur sawi adalah seperti Kalsium,Kaliummangan,folat,zat besi,fosfor,trptofon, dan magnesium.Manakala kandungan non-gizi yang ada dalam sayur sawi adalah serat atau fiber yang kadarnya cukup tinggi.

Untuk kandungan Vitamin C sayur sawi,beberapa ahli mengatakan bahawa kadarnya hampir sama seperti Limau.Ini sangat bagus untuk menjaga daya tahan tubuh sehingga tidak mudah sakit.Kandungan Kalsiumnya yang sangat tinggi bagus untuk pembentukan dan menjaga kualiti tuklang.
Manfaat sayur sawi juga dapat menurunkan kolestrol penyebab strok atau penyakit jantung.

So macam mana da ada rasa nak makan Bayam atau sawi tak??huhu
Pahit sikit je pon tak ape asalkan khasiatnya tinggi dan beri manfaat pada kita.Tak rugi apa-apa pun dengan pengambilan sayur Bayam atau sawi setiap hari.

Semoga info yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu anda ye.

Gambar sayur Bayam dan sawi,

 BAYAM

 BAYAM DAUN LEBAR

BAYAM MERAH

 SAWI


-Sekian :)


Sunday, 16 June 2013

Tips::Merancang bayi kedua(Bila masa yang sesuai?)

Assalamualaikum.
post kali ni nk share tips merancang bayi kedua y aku dpt dr majalah pama.
Ak baru ada anak sorang umur bru setahun..kawan2 da mula tanya bila nk kasi Fathia adek.huhu
aku plan second baby lambat lagi.series nak pulihkan badan ak dulu n nak masa bersama fathia lama sikit.
aku dan husband juga dalam perancangan nk ad vacation bl fathia da boleh ada memori..
Kenapa aku cakap tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal utk hamil sekali lagi?
Hal ini kerana tempoh berkenaan memadai untuk tubuh kita kembali pulih daripada segala kekurangan y dialami seperti zat besi,kalsium dan sebagainya.
Perlu anda tahu,kehamilan sebelum tempoh dua tahun mngkin akn mnyebabkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia,sakit belakang,gigi cepat rosak dll.
Perkara ini berlaku kerana tubuh kita belum bersedia drp segi fizikal dan mental utk mnghadapi satu lagi kandungan.
Malah,anak pertama masih kecil dan masih menyusu susu ibu.
Apabila hamil lagi,anda perlu mnguruskan dia.Pada masa y sama perlu membahagikan kudrat y ada utk tanggungjawab trhadap suami,rumah tangga,kerjaya dll.
Ini termasuklah menjaga kandungan dgn sebaiknya.
Sekiranya anak itu berusia 2 tahun ke atas,sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih bedikari.Jadi,bebanan y perlu ditanggung tidak begitu berat jika hamil lagi.
Mcm mn pon,jika ditakdirkan anda hamil awal drp tempoh kurg dr 2 tahun langkah penting utk anda lakukan ialah memastikan paras HB mencukupi.
Begitu juga dengan kalsium,antara lain perlu lakukan pemeriksaan gigi dan sentias menjaga postur badan.
Hal ini sgt penting bg mengelakkan sebarang komplikasi y boleh terjadi semasa hamil.

Thursday, 13 June 2013

Si Kecil ::Membesar Bersama dengan 7 Tahap Permainan Pembelajaran






assalamualaikum,


Kanak2 mempunyai kecenderungan yang lebih terhadap ALAT Permainan.Mereka mempelajari Kemahiran Baru dan dapat memahami perhubungan di antara sesuatu dengan yang lain semasa bermain.Apabila Bermain dengan permainan,ia meransang deria, melibatkan imaginasi, mengalakkan sifat ingin tahu dan menyedikan asas yang penting untuk pembelajaran.

Antara permainan yang dapat meransang kanak2.
*Contoh*

1.'Playskool Wheel Pals'
-Umur 6 Bulan ke atas-

Mobiliti & Penemuan
-Ketika Bermain dengan Permainan ini,Si comel bukan shj mendapat senaman yang menceriakan tetapi juga dapat menambahkan  keyakinan diri sambil mengenali dunia di sekelilingnya mengikut rentaknya sendiri.

Playskool Wheel Pals

2.'Play Favorites Busy Poppin 'Pals'
-Umur 12 Bulan Ke atas-

Tindakan & Bertindak Balas
-Permainan yang meransang minda bayi agar berhubung dan aktif belajar serta befikir seterusnya bayi akan cuba bertindak melakukan sesuatu ke atas permainan tersebut mewujudkan tindak balas diantara permainan dan bayi.Bayi akan lebih gembira bermain setelah memahami dan mengetahui cara bermain.


Play Favorites Busy Poppin 'Pals
3.'Play Favorites Busy Balls
-Umur 6 Bulan ke atas-

Penjelajahan & Penemuan
-Perhatikan si manja menjelajah dan menyelami bentuk,rasa dan bunyi dari bebola tersebut serta apa yang boleh dilakukan dengannya.Sifat ingin tahu ini memberikan keyakinan kepada simanja untuk mencuba sesuatu yang baru.

Play Favorites Busy Balls
4."Play Favorites Push n Stack Gears"
-umur 12 bulan ke atas-

Imaginasi & Kreativiti
-Memperkukuhkan kemahiran motor pergelangan tangan dan koordinasi mata apabila si manja seronok bermain pelbagai gear yang ada.Didatangkan dengan pelbagai warna y pastinya menarik perhatian.

Play Favorites Push n Stack Gears
5."Explore N Grow Busy Ball Popper"
-umur 9 Bulan ke atas-

Jangkaan & Ramalan
-Bola-bola kecil bergerak secara berulang-ulang dan mengeluarkan bunyi pastinya menarik perhatian.
Si manja akan memerhati dan mengenal corak pergerakkan bola tesebut.Ini meransang minda bayi untuk meramal apa yang akan berlaku seterusnya.Sudah tentu ia satu permainan yang menyeronokkan.
.Explore N Grow Busy Ball Popper

6."Play Favorites From Fitter"
-umur 18 bulan ke atas-

Kebolehan membuat Kesimpulan & Berfikiran Kreatif
-Permainan ini agak popular kepada kita.Ia memperkembangkan kemahiran bayi untuk berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.Bayi perlu memadamkan bentuk dan tekstur objek dengan lubang yang telah tersedia.Ini membantu si manja belajar membuat kesimpulan dan meneliti setiap sudut objek.Ibu dan bapa harus memberi tunjuk ajar dan galakkan supaya si manja fokus belajar ketika dia bermain.

Play Favorites From Fitter





FISHES PRICE BLOCK
HARGA: RM 32/BOX


7. "Explore n Grow Step Start Walk n Ride"
-umur 12 bulan ke atas-

Langkah Pertama Pengalaman Baru
-Seronoknya apabila si manja meninggalkan alam bayi dan mula belajar berjalan! Permainan ini tidak ubah seperti mainan tunggangan yang lain.Membantu memperkembangkan kemahiran motor dan oto kaki serta keseimbangan badan.Ianya mengalakkan si manja belajar berjalan dengan penuh keyakinan.

.Explore n Grow Step Start Walk n Ride
FISHES PRICE STRIDE TO RIDE LION
HARGA : RM184/BOX

-PAYMENT ANDA BOLEH BUAT SEBANYAK 2 KALI,