Wednesday, 17 July 2013

TIPS KEMBALIKAN SELERA MAKAN ANAK.


Adakah anak-anak anda menolak untuk makan selain nugget ayam dan kentang goreng?Atau mereka memilih untuk bermain dan tidak makan lansung?Ya ini la yang berlaku pada anak saya sekarang.saya sangat bimbang dan runsing mencari penyelesaiannya.Ternyata saya tidak bersendirian..pasti ramai ibu bapa bimbang tentang apa yang  anak-anak mrk makan dan tidak makan.

Disini ada beberapa tips mudah untuk menangani anak2 yang memilih makanan atau tidak suka makan.

Tips mudah dari PAMA.

1.HORMATI SELERA SI KECIL
Jika anak tidak lapar,jangan dipaksa makan.Jika mereka tak dapat menghabiskan makanan dalam pinggan elakkan drp memarahi mereka,Sebaliknya apa yang perlu anda buat ialah memberikan mereka hidangan yang sedikit dan biarkan mereka meminta lagi jika tidak kenyang.

2.RUTIN YANG SAMA
Hidangkan makanan atau snek sihat pada waktu yang sama setiap hari untuk mereka supaya si kecil anda tidak berasa lapar dan mula memakan makanan yang tidak berkhasiat.

3.CUBA MAKANAN BARU
Biasanya kanak-kanak akan menyentuh atau menghidu terlebih dahulu makanan baru.Mereka akan makan sedikit dan kemudian mengeluarkan semula makanan tersebut kerana rasanya yang pelik untuk selera mereka.Mungkin anda boleh cuba hidangkan kombinasi makanan baru tersebut dengan makanan kegemaran anak-anak

4.WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN
Pelbagaikan makanan anda dan lebih kreatif menyediakan hidangan untuk mereka.Sayuran seperti lobak merah yang berbentuk bintang atau buah epal yang menyerupai zirafah *contoh* tentu akan membangkitkan selera.Hidangkan makanan yang mempunyai warna-warna terang untuk si kecil anda.

5.JADI KREATIF
Tambah brokoli yang dicincang halus atau lada hijau untuk sos spagheti,hirisan buah-buahan di atas sajian bijirin,atau parut lobak merah ke dalam sup tentunya buat mereka teruja untuk makan hidangan yang disediakan.

Jadi contoh yang baik
Jika mengamalkan pemakanan yang sihat di rumah,anak-anak anda tentunya akan ikut apa yang anda buat.Snek sihat seperti buah-buahan adalah makanan terbaik yang perlu ada di rumah dan bukannya makanan ringan.

No comments:

Post a Comment