Sunday, 14 July 2013

RESEPI RAMADHAN::KERABU MANGGA MAK DARA

Assalamualaikum w.b.t
Sempena Ramadhan yang mulia ni saya nak share Resepi-resepi masakan dengan uolls.Sudi-sudi lah mencuba ye.Ini bukan keseluruhannya resepi saya sendiri...ada yang personal saya sendiri,dari majalah dan chef2 juga,mak,dan sahabat-sahabat...semua ni untuk dishare bersama ye..untuk memudahkan uolls nak memasak menu apa di bulan Ramadhan ni :)

KERABU MANGGA MAK DARA

BAHAN-BAHAN
1 Biji mangga muda
50 gram kacang tanah -tumbuk
5 tangkai cili padi - hiris
1/2 Labu bawang besar kuning - hiris
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Sedikit udang Kering - tumbuk
Sedikit garam
Sedukit gula

CARA MENYEDIAKAN
- Mangga muda disagat atau diparut halus.Letakkan di dalam mangkuk besar.
-Masukkan hirisan bawang kuning,udang kering dan cili padi.Gaulkan sebati.
-Akhir sekali,letakkan garam dan gula secukup rasa.Apabila sudah sebati,perahkan
limau nipis dan taburkan kacang tanah.Hidangkan

No comments:

Post a Comment